Tuesday, December 9, 2008

kenangan di Zanzibar Island, Tanzania

Orait, la ni aku nak citer pengalaman aku melancong di Pulau Zanzibar yang terletak di Kepulauan Hindi, aku gi ngan saper? Ngan bebudak Petronas Adventure Team tu ler, saper lagik.

Zanzibar is an archipelago made up of Zanzibar and Pemba Islands, and several islets. It is located in the Indian Ocean, about 25 miles from the Tanzanian coast, and 6° south of the equator.

So kami amik feri dari Tanzania dan sampai kat sana selepas 4 jam belayar (feri dier ala2 feri Langkawi)

Zanzibar Island (known locally as Unguja, but as Zanzibar internationally) is 60 miles long and 20 miles wide, occupying a total area of approximately 650 square miles.

Yang menariknya pasal pulau ni becoz it is characterised by beautiful sandy beaches with fringing coral reefs, and the magic of historic Stone Town - said to be the only functioning ancient town in East Africa.

Lebih thrill, aku sewa motor scrambler dan pusing pulau ni sorang2 wa cakap lu.

Pernah satu ketika ada sorang mamat Afrika ni tahan aku kat tepi jalan dan minta tumpang motor konon bini dia sakit tapi arah yang dia tunjuk menghala kat hutan, boley?

Menyedari dia ada intention nak PAU aku maka aku pun terus tolak dia daripada atas motor, heheh, silap orang le! Lepas tu tak reti2 nak speed, aku langsung tak tgk belakang lepas tu

Btw, i’ll miss u Zanzzibaaaarrrrr, muah!

setelah setahun berblogging...

aku mula menulis blog kira-kira dua tahun lalu, tetapi ketika itu aku masih menggunakan blogspot sehinggalah ‘tragedi’ menimpa blog aku tu

kerana tangan asyik nak bereksperimen nak masuk lagu, nak masuk grafik dan berbagai lagi, blogspot aku tiba-tiba dah jadi haru biru, lebih parah lagi aku boleh lupa pasword yang aku guna!

masa tu aku frust giler, apatah lagi dah banyak entry aku tulis. Patah semangatlah jugak waktu tu sehinggalah aku diperkenalkan dengan wordpress.

Aku sebenarnya bukanlah IT savvy, semua yang aku buat adalah hasil ‘hentam menghentam’ di papan keyboard. Alhamdulilah, menjadi jugaklah akhirnya

Mengapa aku menulis blog? Actually menulis memang kerja rasmi dan tak rasmi aku. Dulu aku wartawan, memanglah kerja aku menulis tapi setelah meninggalkan bidang kewartawanan, aku merasakan yang aku perlu terus menulis.

Aku tak mahu skill yang aku peroleh secara formal dan tak formal ini hilang begitu saja.

Satu lagi aku ingin berkongsi pengalaman yang aku lalui, peristiwa yang aku tempuhi dan kenangan yang aku pernah rasai.

Niatnya hanya satu. Kalau baik, ambil lah pengajaran, kalau buruk jadikanlah sempadan

Setelah setahun menulis di wordpress ini, aku mendapat macam-macam komen, baik yang elok atau sebaliknya

Selalunya aku akan dipuji meleleh-leleh oleh para komentar kalau aku tulis sesuatu yang tak enak tentang kerajaan, tapi kalau aku tulis je sesuatu yang elok tentangnya, esok confirm aku terima komen yang sangat dahsyat, hehehe

Namun yang paling aku tak dapat lupakan ialah bila aku diserang habis-habisan oleh segelintir blogger underground yang marah dengan tindakan aku menulis mengenai tindakan tunjuk punggung oleh band Carberator Dung.

AKu juga dituduh seorang yang fasis apabila aku menulis mengenai pembelian jet pejuang terbaru oleh kerajaan Singapura sehingga gambar aku disebar di internet sambil dicap sebagai seorang blogger yang fasis!

Tapi tak mengapa, aku tidak pernah berdendam dengan mereka yang terlibat, ini kerana aku kenal sangat ‘puak-puak’ ini.

Dulu aku ingat nak sembunyi identiti aku, taknak bagi tau nama, taknak letak gambar dan sebagainya

Tapi bila fikir balik, aku perlu bertanggung jawab dengan apa yang aku tulis, justeru biarlah orang kenal siapa aku, aku tak mahu ikut pepatah Melayu-baling batu sembunyi tangan.

Tentang hits pulak, aku tak sangka dalam tempoh setahun ia dah cecah 90,000 orang pembaca. Yelah, sebagai orang yang tak dikenali macam CheDet dan Rockybru, sebagai sebuah blog yang takdak isu lucah dan pornografi, sebagai sebuah blog yang takde isu panas dan gossip artis, pencapaian itu bagi aku memberasangkan jugaklah.

Tak sangka ada juga orang yang sudi baca blog aku tak ntah apa-apa ni

dalam pada itu, aku juga tak sangka yang melalui blog ini juga, aku dah dapat member-member baru. Contohnya www.putubambu.blogspot.com yang telefon aku pagi-pagi raya hari tu, hehehe

kini aku sekali lagi pulang ke blogspot setelah lama bercuti

Sebelum aku stop, aku ingin sertakan madah daripada sasterawan tersohor Indonesia, Pramoedya Ananta Toer sebagai renungan, pepatah inilah yang memberikan aku inspirasi untuk terus menulis dan menulis sehingga ke hari ini

“Orang boleh pandai setinggi langit
tapi selama ia tidak menulis,
ia akan hilang di dalam masyarakat
dan dari sejarah.
Menulis adalah bekerja
untuk keabadian…”

surat terbuka burung Nuri kepada PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA

SURAT TERBUKA BURUNG NURI KEPADA PERDANA MENTERI


Terlebih saya bagi pihak ribuan burung Nuri di negara ini ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana sekali lagi bertindak menerajui sebuah kementerian yang mempunyai peranan paling penting dalam memartabatkan kedaulatan negara ini iaitu Kementerian Pertahanan.

2. Atas dasar itu Datuk Seri, izinkan kami menyampaikan keluh kesah rakan-rakan kami yang kini bekerja dengan Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu helikopter Nuri.

3. Walaupun secara fizikalnya mereka tidaklah sama seperti kami yang berbulu cantik dan berparuh ini, namun disebabkan mereka dinamakan sempena nama kami maka secara tidak langsung kami anggap mereka juga adalah sanak-saudara kami sendiri. Bak kata pepatah, cubit sayap kiri, sayap kanan kami pun terasa.

4. Datuk Seri, kami sangat sedih kerana pegawai tentera biasa hanya perlu berkhidmat dalam tempoh 20 hingga 30 tahun dan layak untuk pencen serta menikmati ganjaran yang sepatutnya, tetapi rakan-rakan kami di TUDM masih ‘dipaksa’ berkhidmat walaupun sudah bertugas lebih 40 tahun.

5. Memang betul, rakan-rakan kami itu telah mendapat banyak organ dalaman yang baru tetapi badan dan tubuh mereka tetap sama seperti mana waktu mereka mula-mula berkhidmat dalam TUDM dulu.

6. Terus-terang, kami tak sanggup lagi melihat rakan kami dihina setiap kali mereka terlibat dalam nahas sedangkan manusia seperti Datuk Seri merupakan penyumbang utama kepada kematian mereka. Ini terbukti kerana majoriti laporan nahas menunjukkan ia berlaku atas faktor kesilapan manusia.

7. Ketika Datuk Seri Najib menjadi Menteri Pertahanan dulu, kami ada mendengar rakan-rakan kami di TUDM akan dipencenkan bagi membolehkan helikopter baru mengambil alih peranan mereka, malangnya semalam Datuk Seri memaklumkan yang perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan atas faktor kewangan.

8. Datuk Seri, memang betul helikoter baru itu lebih mahal daripada helikopter jenis sama yang digunakan oleh Brazil. Ini disebabkan sistem radar dan persenjataan canggih yang kita hendak gunakan.

9. Justeru itu, kami berpendapat tak payahlah kita tambah senjata canggih dan pelbagai peralatan moden dekat helikopter baru ini buat sementara waktu, yang penting beli dulu apa yang ada dan bila ada duit kita tambahlah apa yang patut.

10. Kami bukan apa Datuk Seri, apa Datuk Seri nak jawab dekat lebih 20 juta rakyat Malaysia sekiranya selepas ini ramai lagi rakan kami yang terhempas? Tidakkah Datuk Seri akan dihantui rasa bersalah seandainya ditakdirkan ianya berlaku lagi?

11. Sekarang saya difahamkan yang panglima-panglima tentera Datuk Seri sendiri pun dah mula tak mahu naik Nuri, mereka katanya lebih sanggup naik ‘staff car’ daripada ikut ‘keranda terbang’ itu. Dan maaf cakap, saya sendiri tak pernah lihat Datuk Seri naik helikopter Nuri sejak 10 tahun lalu, kenapa, takutke?

12. Datuk Seri, kami faham Datuk Seri lebih minat bermain dengan ikan koi daripada bermain dengan burung seperti kami, tetapi Datuk Seri jangan lupa, Datuk Seri sendiri pun menamakan anak Datuk Seri dengan nama Nori. Biarpun ejaan lari sikit, tapi bunyinya tetap sama tau!

13. Akhir kata kami nak sangat Datuk Seri pertimbangkan pembatalan pembelian helikopter baru itu, kami tak kisah apa jenis pun janji Nuri yang ada sekarang mesti ditamatkan perkhidmatan mereka. Kesian mereka Datuk Seri, dah uzur benar nampaknya rakan-rakan kami itu.

14. Maafkan kami sekiranya surat ini menganggu kerja-kerja Datuk Seri. Sebagai mewakili rakan-rakan Nuri yang lain, kami berharap sangat agar rayuan kami dipertimbang dengan sewajarnya oleh pihak Datuk Seri

15. Ingat, jangan sesekali uji kejantanan kami, ini kerana walaupun Datuk Seri pun ada ‘burung’, tetapi kami telah membuktikan yang bulu kami lebih cantik dan kami lebih petah bercakap berbanding burung Datuk Seri yang hanya tahu mematuk!

Sekian.

Malalai Kakar


MINGGU lalu aku menonton sebuah dokumentari di National Geographic mengenai perjuangan dan kebangkitan semula kaum wanita di Afghanistan pasca tewasnya Taliban.

Umum mengetahui yang Taliban merupakan kumpulan yang paling kuat melakukan diskriminasi terhadap wanita sewaktu mereka memerintah Afghanistan di mana kaum Hawa tidak dibenarkan bekerja, wajib memakai Burqa (sejenis purdah), sering ditindas, diseksa dan sebagainya

Dalam dokumentari selama sejam itu, mereka turut memaparkan kegigihan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an, Malalai Kakar. Sejak tewasnya puak Taliban, Malalai menyertai pasukan polis Afghanistan dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Jenayah Terhadap Wanita yang berpusat di Kandahar.

“Ketakutan bukanlah satu pilihan lagi buat saya,” katanya dalam dokumentari itu.

Walaupun sering menerima pelbagai ancaman termasuk ancaman bunuh dari masyarakat Afghan yang berfikiran sempit dan orthodoks terhadap wanita, Malalai tabah menjalankan tugasnya menyiasat dan menangkap mereka yang melakukan penganiayaan dan penyeksaan terhadap kaum sejenisnya

Aku sangat kagum dan teruja dengan keberaniannya yang luar biasa!

——————————————————————-

Berita Mutakhir 28 September 2008

KANDAHAR, Afghanistan, Sept 28, 2008 (AFP) - Taliban gunmen shot dead the most high-profile female police officer in Afghanistan, Malalai Kakar and wounded her teenaged son as she left home to go to work Sunday, officials and the militia said.

“She died on the spot and her son was badly injured and is in a coma,” he said on condition of anonymity.

Her son, aged 15, had been driving Kakar to work, police said. The boy later came out of the coma but was in a serious condition.

SAK: Hiba benar rasanya. Al-Fatihah buat srikandi Afghan, Allahyarham Malalai Kakar.

Kota Medan


SEBENARNYA segan gak buat entry ala-ala catatan pengembara kali ini

Member-member aku bukan main lagi update blog dari Qatar, dari Moscow, alih-alih aku update dari Indon je, huaaarggghhh!!!!

Tapi xda hal, kalau tak dulu aku pun sepatutnya ikut diaorang gak cuma banyak benda kat opis membuatkan aku ‘hold’ dulu, lepas Nias aku akan balik jap ke KL sebelum keluar lagi. Xpa, bak filem Tamil, hero kalah dulu, muhahahaha

Lega rasanya bila mendapat tahu gang2 aku yang lain dah selamat sampai destinasi mereka. Gud luck dan selamat bekerja guyzz.

Tapi bagi memastikan disiplin penulisan dipatuhi, aku tulislah juga sikit pun walaupun kat Indon je, hehehe

kami tiba di Medan, Indonesia tepat jam 1 tengah hari. Mendarat saja di lapangan terbang Polinia (yang sedang dibaik pulih akibat terbakar itu) aku dan Razlin terpaksa meninggalkan rakan-rakan di sebuah restoran di situ kerana terpaksa menapak punyalah jauh untuk membeli tiket kapal terbang ke Pulau Nias pula

Malang sekali kerana kami hanya dapat penerbangan pada hari Isnin kerana kehabisan tiket. Nampaknya pulau yang mundur itu semakin maju sekarang. Aku difahamkan sejak gempa bumi tempoh hari, Pulau Nias semakin membangun dek perhatian masyarakat antarabangsa.

Bayangkan daripada hanya satu penerbangan sehari, kini jumlahnya bertambah kepada empat. Kalau dulu hanya Merpati Airlines bersaiz Fokker 12 tempat duduk, kini berganti dengan Fokker yang boleh memuatkan lebih 50 penumpang. Kalau dulu hanya Merpati Airlines yang ’sudi’ ke sana, kini Riau Airlines pun melebarkan sayapnya ke pulau terpencil itu.

Di sebelah petang, kami ‘menjenguk’ sebentar ke kota Medan. Aduh, sakit kepala otak dengan bandar yang berkepadatan 3 juta penduduk ini! Dengan jalan rayanya yang ‘macet’, orang bertali arus, hon kereta sana-sini, memang menyesakkan fikiran yang serabut ini.

Jangan hairan sekiranya kenderaan di sini banyak yang mewah-mewah dan kawasan kediamannya pula terdiri daripada rumah banglo-banglo besar, ini kerana ramai golongan saudagar keturunan Cina menetap di Medan.

Medan juga tempat tumpuan orang Malaysia yang hendak bercuti. Dalam erti kata lain, datang ke Medan ini tak terasa sangat datang ke Indonesia, macam kat Malaysia gak la.

Kami hanya di bandar sekitar dua jam saja sebelum pulang ke hotel semula. Lepas makan kat sebuah restoran nasi padang dan makan malam di sebuah warung tepi jalan masing-masing dah ‘flat’.

Sebelum tarik selimut, sempat jugaklah melihat gelagat anak-anak muda Indon berhibur dengan dangdut mereka. Sambil dok berfikir bahan yang hendak dirakamkan, sedar tak sedar, mata dah makin kecil.

Akhirnya tiba saat paling dinantikan, tidurlah, apa lagi, zzzzzzzzzzzzzzzz……..

Khalid Mohd dan Utusan Malaysia


BUKAN mudah untuk menjawat jawatan Ketua Pengarang sebuah akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia, sudah barang pasti cacian, kejian, ugutan dan tohmahan adalah ’santapan’ hariannya

Bukan itu saja, orang yang duduk di atas kerusi panas itu juga terpaksa melayan ‘karenah’ orang dalam kerajaan itu sendiri termasuklah orang UMNO yang juga pemegang saham majoriti dalam Utusan Malaysia.

Selain itu, jawatan Ketua Pengarang juga berkait rapat dengan tampuk pemerintahan negara. Selalunya berubah saja kepimpinan Malaysia, maka ‘possibility’ untuk bertukar tampuk kepimpinan dalam sesebuah organisasi media adalah tinggi.

Dalam hal ini, anak kelahiran Pulau Pinang, Datuk Khalid Mohd ternyata berjaya mengharungi kesemuanya.

Dia ternyata ‘kalis’ dengan sebarang cacian, tohmahan dan ugutan mereka yang tidak sehaluan dengan konsep editorial Utusan Malaysia;

Dia ternyata berjaya ‘melayan’ kehendak orang kerajaan dan UMNO sendiri yang seringkali memualkan dan menjangkalkan;

Dia juga berjaya duduk di atas kerusi panas itu walaupun tampuk pemerintahan tertinggi negara bertukar tangan

Terus terang, tidak ramai Ketua Pengarang media arus perdana yang berjaya mengharungi badai atau perkataan lebih tepat, tsunami yang maha hebat itu.

Ramai yang terkandas di tengah dan ramai juga terpaksa mengamalkan konsep ‘jilat buntot’ dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka. Ternyata mereka yang memilih opsyen kedua juga sering menempuh kegagalan yang sama.

Dalam hal ini, salut harus diberikan kepada Khalid Mohd. Dia berjaya ‘menari’ dalam keributan dan dia juga bisa ‘menerjah’ dalam kelembutan.

Sepintas lalu, Khalid Mohd sebenarnya individu yang sangat digeruni dalam Utusan Malaysia. Namakan saja editor yang paling garang dengan wartawan, nescaya dia juga akan ‘terkulai’ jika berhadapan dengan Khalid Mohd.

Namun di luar pejabat, ternyata Khalid Mohd adalah orang yang 360 darjah berbeza. Hampir seminggu tidur dan makan dengan beliau sewaktu membuat laporan khas tsunami di Aceh bagaikan menceritakan segalanya.

Khalid Mohd juga adalah seorang yang cukup ‘low profile’ berbanding segelintir Ketua Pengarang akhbar lain yang ‘flamboyant’ dan sentiasa mahu wajah mereka terpampang di akhbar (walaupun cuma majlis serah jersey bola). Sebab itu aku tidak hairan jika ramai yang tidak tahu mengenai Khalid Mohd.

Yang agak merimaskan aku adalah penampilannya yang terlalu simple. Beliau hanya memakai tie dan berkot kalau urusan yang perlu dihadirinya benar-benar memerlukan ‘dres code’ yang rasmi seperti menemuramah Perdana Menteri atau urusan rasmi kerajaan.

Namun di sebalik semua itu, Khalid juga terpaksa membayar harga yang tinggi apabila ramai orang di luar termasuk dalam Utusan Malaysia sendiri yang tidak menyenanginya. Gaya pengurusannya sering menimbulkan kontroversi, gaya kempimpinannya sering menimbulkan ketegangan dan gaya penulisannya pula sering menimbulkan pertikaian.

Biar apapun, Khalid Mohd ternyata tidak pernah megah dek puji, mati dek keji. Hanya sejarah akan menilai apa yang telah dilakukannya.

Selamat bersara Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Khalid Mohd.

SAK: Melihat Khalid Mohd sebagai seorang manusia.

seorang pahlawan bernama abah

abah, saya masih ingat kenangan di waktu abah mengucup dahi saya sebelum abah menaiki trak menuju ke perbatasan

waktu ibu abah baru saja pulang dari kem dengan peluh masih membasahi dahi, namun tatkala emak baru membancuh Teh O, air kegemaran abah, tiba-tiba abah dipanggil semula untuk mengenakan celoreng dan masuk semula ke dalam hutan. Katanya komunis mengamuk lagi di hutan Grik.

Saya masih ingat menatap wajah sayu emak yang terpaksa melepaskan suami tercintanya ke medan perang, tanpa sempat bermanja mesra. Airmata mata emak kemudiannya menitik satu persatu apabila saya yang masih kecil itu meraung tidak mahu melepaskan abah.

Abah ternyata tabah. Di mukanya tidak terpancar sedikit pun riak penyesalan. Airmata kami sebaliknya adalah api yang membakar semangatnya untuk terus berjuang demi agama dan tanah airnya.

Berminggu lamanya selepas itu langsung tiada khabar berita mengenai abah. Tiba-tiba suatu hari pegawai pemerintah kem yang berpangkat Leftenan Kolonel memaklumkan yang seorang anggotanya gugur sewaktu bertempur.

Saya masih teringat yang emak hampir pengsan mendengar khabar duka itu. Dalam hatinya mengatakan abahlah orangnya. Ditambah lagi bila secawan teh tiba-tiba pecah sewaktu dia sedang mengemas di dapur.

Dukanya bagaimanapun tidak lama bila abah kemudian tiba-tiba muncul di pintu rumah setelah hampir sebulan berjuang di hutan belantara. Kami adik beradik memeluk erat tubuh abah walaupun ketika itu tubuhnya berbau hamis, mukanya berminyak dan kakinya masih luka digigit pacat.

Bagi kami bau hamis abah ketika itu adalah haruman syurga, muka berminyak abah ketika itu adalah sinar keimanan dan luka abah itu adalah lelehan darah syuhada

Kini lebih 10 tahun abah meninggalkan saya dan emak. Walaupun ajalnya berakhir di katil wad neurologi dan bukan di hutan Grik, namun dia tetap pahlawan buat kami.

Abah mungkin tiada pangkat dan tiada pingat, tetapi semangat dan keberanian abah tidak mungkin terukur dek pangkat di bahu atau dek kepujian yang bertalu.

Abah, hari ini adalah Hari Pahlawan. Semasa hayat abah, inilah hari yang paling ditunggu abah. Abah akan bangun seawal pagi, bersolat dan kemudiannya duduk di depan tv menantikan siaran langsung upacara di Tugu Negara.

Maaf abah, itu semua sudah berlalu. Negara yang abah perjuangkan ini semakin haru dek musuh yang tak nampak senjatanya di tangan, tapi hati dan jiwanya berlumpur kehinaan.

Negara yang abah perjuangkan ini semakin dikotori mereka yang lahap kuasa dan tamak harta.

Abah bersemadilah dengan tenang, abah mungkin tiada ‘apa-apa’ di mata mereka, tetapi abah tetap wira di mata kami.

Kasih sayang dan ingatan terhadap abah tetap utuh, seutuh cinta abah kepada agama dan tanah airnya.

SAK: Al-Fatihah buat Pegawai Waran II (B), Abd. Kadir Manaf dan mereka yang terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta. Selamat Hari Pahlawan.

kata Mustafa Nor

kata-kata seniman terkenal, Allahyarham Mustafa Nor kepada salah seorang wartawan The Star lebih 20 tahun lalu…bila terkenangkan kembali, ia cukup membuatkan ku tersentap!

“There is a thin line between your profession and prostitution, so be very careful….”

terjemahannya…

Ada garis halus yang memisahkan profesion anda dengan pelacuran, jadi berhati-hati…

tabik untuk Tuan Kula!


BEKAS Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, S Kulasingam yang meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berair adalah pegawai polis paling digeruni penjenayah sekitar 1970-an.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Kula di kalangan rakan, dianggap antara yang terbaik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan keberanian dan keazamannya membanteras penjenayah ganas ketika itu.

Sepanjang kerjanya, beliau mengetuai banyak operasi memerangi penjenayah berbahaya selain menangkap mereka. Antaranya adalah memburu Botak Chin yang banyak terbabit dengan rompakan bersenjata serta menangkap Kepong Chai, yang merogol ramai wanita sebelum mencederakan wajah mereka dengan pisau.

Kejadian paling diingati mengenai Kula adalah kegagalan Botak Chin membunuhnya dalam serangan hendap di persimpangan lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling pada 22 November 1975, walaupun 11 tembakan jarak dekat dilepaskan ke arahnya. Mendiang sebaliknya hanya terkena satu tembakan di dada dan masih mampu memandu ke Balai Polis Cheras yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan.

Ketika diminta menceritakan mengenai kejadian itu tahun lalu, Kula berkata: “Saya menghadapi kesukaran bernafas berikutan kecederaan itu namun berjaya memandu ke Balai Polis Cheras. Serangan berkenaan dan peluru yang terkena dada dan organ dalaman mungkin membunuh saya ketika itu namun saya rasa masa saya belum tiba”.

Nyata kejadian itu tidak sedikit pun melemahkan semangat Kula. Beliau kembali bertugas tiga bulan selepas menjalani pembedahan dan rawatan susulan - bersedia memburu penjenayah seterusnya di ibu negara. Itu bukanlah kejadian tunggal hampir meragut nyawanya sepanjang 30 tahun berkhidmat kerana lima bulan kemudian, mendiang sekali lagi ditembak.

Kali ini, ketika beliau bersama sekumpulan anggota polis menyerbu rumah persembunyian kumpulan perompak yang baru saja merompak sebuah kedai emas di Petaling Jaya. Dalam kejadian itu, Kula terkena tembakan di perut, namun operasi itu berjaya dan polis menemui barangan rompakan manakala empat daripada perompak ditembak.

Selain itu, Kula juga pernah disimbah asid menyebabkan kecederaan parah pada dada dan kaki, hampir ditimpa pokok tumbang - menyebabkan pembantunya terbunuh, hampir ditetak seorang lelaki mengamuk dan hampir ditembak ketika operasi di Sarawak menyebabkan rakan sepasukannya terbunuh.

Kula yang menyertai PDRM ketika berusia 19 tahun pada 1951 sebagai Inspektor Percubaan menyerlahkan bakat kepemimpinan dan kemampuan menyelesaikan banyak kes jenayah walaupun pada awal pembabitannya. Komitmennya itu tidak sia-sia apabila dinaikkan pangkat kepada Asisten Superintendan pada 1957 dan seterusnya mendaki kegemilangan sehingga menjadi Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Siasatan Jenayah Johor.

Disebabkan dedikasi dan keberaniannya dalam menghadapi penjenayah sepanjang berkhidmat, Kula dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) dan Ahli Mangku Negara (AMN) sebagai menghargai jasanya.

Selepas bersara pada 1985, Kula yang tidak berkahwin meneruskan kehidupannya di sebuah apartmen dua tingkat di Johor Bahru seorang diri, menikmati ketenangan selepas puluhan tahun memerangi penjenayah.

Beliau pernah ditanya mengenai keengganannya berumah tangga, namun memberi jawapan ringkas: “Bidang kerja yang merbahaya seperti ini memerlukan sedikit pengorbanan,” katanya. Ia membuktikan komitmen Kula dalam menjalankan tugas memburu penjenayah berbahaya sehingga tidak mahu kerjayanya terhalang dengan ancaman terhadap keselamatan keluarganya.

Pada jam 3.06 pagi semalam, Kula menghembuskan nafas terakhir di sisi adiknya, Annamah, 74, dan abangnya Dr Ratnasingam, 78, di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. Kali ini beliau pergi dengan tenang akibat penyakit, bukan disebabkan serangan hendap atau tembakan penjenayah, sebaliknya kerana ‘masanya sudah tiba’. BH

SAK: Masih terkenang saat menemuramah mendiang di rumahnya kira-kira lima tahun lepas.

Bersama Abu Bakar Ba'syir








ramai benar yang nak tahu kisah saya dan Abu Bakar Basyir, di sini saya coretkan sebahagian daripada pengalaman saya dengannya.
Tentang isi perbualan kami, takpayahla, actually takde yg sensitif pun…biasa2 je, cukupla saya katakan yg dia ni memang keras hati orangnya.

Yang lain tu biarlah rahsia (cewah, mcm lagu Siti Nurhaliza lak)
SAYA kembali semula ke Indonesia baru-baru ini untuk membuat liputan gempa bumi yang meragut nyawa lebih 3,000 orang penduduk di Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY).

Ini merupakan tugasan ketiga saya ke sana selepas dihantar membuat liputan tsunami di Aceh dan gempa bumi Pulau Nias, Sumatera Utara.

Jika sebelum ini tulisan saya lebih kepada menceritakan keadaan pasca bencana, kini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai satu tugasan yang bagi saya dan rakan jurugambar, Mohd. Noor Amin cukup mencabar.

Semuanya bermula sewaktu kami berdua sedang `belasah’ kopi Jawa dan pisang goreng berkeju di sebuah warung buruk di pinggir kota Yogyakarta.

Sambil menikmati hidangan ala-kadar itu, saya tiba-tiba ternampak berita kecil yang termuat di dalam akhbar paling berpengaruh di Indonesia, Kompas.

Bunyinya : ABU BAKAR BASYIR DIBEBASKAN DARI PENJARA CIPINANG ESOK.

Saya tiba-tiba terfikir, alangkah menariknya kalau kami dapat menemu bual pemimpin agama paling kontroversi dan paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat kerana disyaki menjadi dalang dalam banyak siri pengeboman di rantau ini.

Tanpa melengahkan masa, saya terus menghubungi Pengarang Berita di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pandangannya.Beliau menyambut baik cadangan tersebut dan memberi `lampu hijau’ untuk kami meneruskan misi berkenaan dengan syarat kami terlebih dahulu memberi pertimbangan yang sewajarnya daripada aspek keselamatan.

Bila dapat saja `lampu hijau’, kami terus menyusun strategi dan sasaran pertama kami ialah Ketua Pengarang Akhbar Kedaulatan Rakyat, Bapak Octo Lampito.Kami memilih Octo kerana beliau sangat dihormati di Yogyakarta dan ini sudah tentu memberi kelebihan dalam usaha kami menjejaki Abu Bakar.

Ternyata strategi `serkap jarang’ kami berhasil!Jangan ditanya apakah rahsia kami `mengayat’ Octo, yang pasti beliau sangat senang dengan kami berdua, bukan itu saja, malah beliau turut mengarahkan seorang wartawannya untuk membantu kami menemui Abu Bakar.

Sebaik saja Abu Bakar dibebaskan, kami menyewa sebuah van dan terus menuju ke Rumah Sakit Umum Muhammadiyah (RSUM), Solo yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Yogyakarta.Ini kerana Abu Bakar dijadualkan singgah di situ untuk menjalani pemeriksaan sebelum pulang ke rumahnya.

Kami tiba di RSUM tepat pukul 9 malam namun ketika itu Abu Bakar belum sampai, maklumlah perjalanan dari Penjara Cipinang, Jakarta ke Solo mengambil masa hampir 12 jam.Ketika itu ribuan penyokong Abu Bakar yang siap dengan berpakaian ala-ninja dan separa tentera sudah pun berhimpun di perkarangan RSUM untuk menyambut kepulangan `wira’ mereka.

Teriakan Allahu Akbar bergema di sana sini.Suasana tidak ubah seperti waktu reformasi di Kuala Lumpur suatu ketika dulu.Tepat pukul 11 malam, Abu Bakar dan rombongannya tiba dengan sebuah kenderaan MPV, Toyota Alphard berwarna hitam metalik.

Suasana menjadi semakin huru-hara, malah anggota polis yang ada bagaikan `patung’ kerana tidak mampu lagi membendung asakan ribuan penyokong Abu Bakar yang mahu memeluk dan bersalaman dengan pemimpin kesayangan mereka.

Mohd. Noor terpaksa `surrender’ lebih awal apabila tubuhnya terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan kerana ditolak oleh penyokong Abu Bakar.Malah saya yang `comel’ ini pun hampir tersembam ke tanah kerana dirempuh ribuan orang yang sudah tidak dapat lagi mengawal emosi mereka.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, seorang rakan wartawan dari TransTV Indonesia yang kebetulan mengenali Mohd. Noor telah mengajak kami ke rumah Abu Bakar di Pesantren (pondok pengajian agama) Al-Mukmin, Ngruki yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari RSUM.

Dengan pertolongannya jugalah, kami akhirnya dapat `merempuh’ masuk ke pesantren itu dan mendengar pidato ulung yang disampaikan Abu Bakar kepada lebih 3,000 pengikutnya pada malam itu.Keesokan harinya kami kembali semula ke Yogyakarta.Kami belum puas, kami mahu menemu bualnya secara eksklusif!

Strategi seterusnya diatur, kali ini melalui seorang `sahabat’, kami dapat menghubungi orang kanan Abu Bakar yang dikenali sebagi Ustaz Fikri.Bayangkan hampir seminggu lamanya kami berbalas SMS dengan Ustaz Fikri bagi mendapatkan persetujuannya untuk bertemu dengan Abu Bakar sehingga kami sendiri hampir putus asa.

Jawapan SMS Ustaz Fikri mudah saja:“Ustaz Bakar Basyir belum mahu ketemu sesiapa pun termasuk dari CNN mau pun BBC”.Namun betullah kata orang tua-tua, sabar itu ada hikmahnya.Ketika kami sedang berkemas-kemas untuk pulang ke tanah air, tiba-tiba saya menerima SMS dari Ustaz Fikri yang menyatakan kesediaan Abu Bakar untuk menemui kami berdua.

Tanpa melengahkan masa, kami terus menemui Abu Bakar yang ketika itu sedang berehat di ruang tamu rumahnya.Sebelum pertemuan itu berlangsung, identiti kami telah diperiksa satu-persatu oleh pengikutnya, nasib baik kami berdua ada membawa pas Bernama dan Utusan bersama-sama.

Malah sepanjang temu bual itu dilangsungkan, orang-orangnya merakamkan perbualan kami dengan menggunakan dua buah kamera video, suasana di dalam rumah Abu Bakar itu kini tak ubah seperti dalam studio mini RTM.Dek kerana terlalu banyak soalan yang dikemukakan, pertemuan yang pada mulanya dirancang berlangsung sekitar 15 minit itu berlanjutan sehingga hampir satu jam.

Kami hanya berhenti bila ada sekumpulan ahli Majlis Ulama Indonesia datang menemuinya.Keesokannya kami pulang ke tanah air dengan perasaan puas dan gembira kerana misi mustahil kami akhirnya berjaya dilaksanakan tanpa banyak masalah.

Cuma kami sedikit hampa kerana wawancara eksklusif dengan Abu Bakar itu tidak dapat disiarkan untuk tatapan pembaca Utusan Malaysia atas sebab-sebab tertentu, ia bagaimanapun bukanlah satu masalah besar untuk dipatuhi.Mungkin ada kebaikan dan hikmah di sebalik semua itu.

Untuk pengetahuan anda, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar yang berpeluang menemu bual Abu Bakar secara eksklusif semenjak hari pertama pembebasannya.Bangga? Tidak sekali, cuma kalau anda tanya apa perasaan kami ketika ini, jawapannya hanya satu, kami puas.

Kami puas kerana dapat melaksanakan tugas yang diberikan ini biarpun cabarannya bukan mudah sehingga adakalanya menyesakkan nafas yang menghidu, menyakitkan dada yang menyedut..

sebuah kisah tukang sebat


Inilah entry pertama yang aku nak kategorikan dia sebagai 18SG

maksudnya SANGAT GANAS, korang bebas untuk tidak membacanya kerana ia memamg ‘menyeramkan’, tapi aku akan cuba sedaya upaya ‘melembutkannya’ sedikit

sepanjang menjadi wartawan jenayah, aku bertuah kerana berjaya mewujudkan hubungan atau PR yang baik dengan ramai pihak. Bukannya aku ni bagus, tetapi dah memang tabiat aku suka berkawan sama ada lawan atau kawan

dalam hal ini, aku cukup baik dan ‘ngam’ dengan Jabatan Penjara terutama dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Osman dan beberapa pegawai kanannya yang lain

tapi itu bukan bermakna aku ambil mudah atau ambil kesempatan dengan hubungan baik yang terbina itu. Tak pernah sekali pun aku berurusan secara terus atau ikut pintu belakang, semuanya aku lakukan melalui prosedur-prosuder yang ditetapkan oleh pihak penjara terutama bila aku hendak menemubual banduan-banduan yang ditahan di sana.

Suatu hari aku tiba-tiba teringin sangat nak tengok hukuman sebat secara LIVE. Bagi aku masyarakat di luar perlu diberitahu mengenai hukuman ini agar mereka tidak tertipu dengan pelbagai cerita-cerita mitos yang tersebar di luar sana.

Dipendekkan cerita, setelah melalui pelbagai urusan dan prosedur, aku dibenarkan untuk berbuat demikian.

Bersama aku seorang wartawan senior dari Sin Chew Daily yang kebetulan hendak menulis rencana berkaitan hukuman yang sama. Dia seorang wanita.

Setelah melalui pemeriksaan badan, kami di bawa ke satu sudut di dalam penjara. Hukuman sebat selalunya dibuat dekat dengan kawasan klinik penjara, ini bagi memudahkan pesalah dirawat sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.

Masuk saja ke kawasan itu, aku melihat lebih kurang 30 orang pesalah yang hanya bercawat putih sedang beratur dalam keadan mencangkung. Cawat itu hanya semata-mata untuk menutup kemaluan masing-masing, bahagian punggung pula terdedah. Kalaulah korang gay, confirm teruja, ahaks!!!

Wartawan perempuan tadi buat-buat ‘tak nampak’ aja keadaan itu, hehehe

Masa tu aku lihat muka semua pesalah yang nak disebat itu pucat lesi, aku rasa kalau A.R Tompel buat lawak pun mati hidup balik diaorang tak gelak. Kalau aku jadi diaorang pun aku takut beb, gila ko.

Dalam kawasan sebat itu dah standby sorang tukang sebat yang makkk ooi, lagi besar body dia daripada aku

then aku lihat ada satu baldi yang mengandungi tak kurang daripada 10 batang rotan yang diameternya sebesar duit syiling 10 sen setiap batang. Kalau ada HIV, rotan tu depa rendam dulu dalam clorox

Aku difahamkan tukang sebat dapat upah dalam RM3 setiap satu sebatan yang dihayunnya. Lumayan sih…

Sebelum hukuman dijalankan, si tukang sebat ni siap buat warm up lagi. Dia juga test power dengan menyebat sebuah tilam kecil kat situ.

BEDEBUMMMMMM!!!!

Kau bayangkankan, masa rotan tu singgah kat bantal je bunyinya dah kuat nak mampus!

Memang psiko habis beb, aku lihat muka pesalah-pesalah tu punyalah gabra bila dengar bunyi tu, mungkin dalam hati diaorang berkata.. ” MATILAH AKU!!!’

Dipendekkan cerita lagi, masuklah pesalah pertama. Kesalahan macam biasa, rogol budak bawah umur. Mamat ni katanya ‘projek’ ngan awek dia. Suka sama suka lagi, rupa-rupanya awek ni baru Form 2, apalagi…

Dia pun dibawa masuk dan mengadap pegawa penjara yang mengetuai sesi sebat itu.

Bunyinya macam ni.

Pegawai: Polan bin Polan, awak didapati bersalah kerana merogol dan dijatuhkan hukuman 10 kali sebatan. Hari ini saya diarahkan untuk menjalankan hukuman ke atas awak. Faham atau tidak?

Polan bin Polan: Faham Tuan, terima kasih Tuan

Masa ni aku betul-betul nak tergelak. Aku tahan je. Siap boleh cakap terima kasih lagi, hahahaha (gelak jahat)

Pastu dua orang wadar dari Unit Khas Penjara (unit paling digeruni banduan) ikat si polan ni pada satu kayu berbentuk tripod (tiga segi)

Aku tengok tukang sebat tu dah angkat rotan dia kat atas kepala. Tak sampai 10 saat, dia pun ’swing’ habis badan dia sebelum merembat buntut pesalah tu sekuat-kuat hati.

ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!

Maka menjeritlah mamat tu sekuat hati sebaik saja sebatan pertama singgah kat buntut dia.

Sampai je sebatan ketiga, kulit buntut dia mula merekah dan berdarah.

Aku betul-betul sedih macam nak nangis lihat penderitaan mamat ni. Kalau ikut hati, aku nak melutut je minta tukang sebat tu stop. Memang seksa aku lihat dia. Meraung-raung panggil nama Allah, panggil nama mak, panggil nama nenek. Semua namalah keluar.

Yang paling sedih, aku lihat kawasan tu basah kerana dia terkencing dek tak tahan menanggung kesakitan.

Lawaknya, reporter Cina tu aku tengok dah takde. Rupanya baru dua sebatan dia dah dah lari keluar sebab ngeri gila tengok hukuman tu.

Sampai saja sebatan ke sembilan aku dah tak dengar suaranya, mungkin nak menjerit pun dah tak mampu. Buntut dia aku tengok bergegar menahan azab. Darah jangan cakaplah. Aku nampak buntut dia tinggal isi yang putih tu je, kulit dah pecah habis.

Selesai aje 10 sebatan, dia diusung terus ke klinik. Dengar kata lepas tu buntut pesalah ni akan disapu iodin, adooooiiiii. Aku juga difahamkan mereka akan diberi dua biji pil pain killer

Kemudian masuk pula pesalah kedua, dia ni pulak kena 20 sebat, pergh! Aku dah tak sanggup, aku terus minta izin untuk keluar dari kawasan itu.

Pegawai penjara tu senyum aje, mungkin dalam hati dia berkata…”Nak tengok sangatkan, padan muka hang”

Terus-terang, dekat seminggu jugaklah aku trauma lepas tu sampai mak aku suruh aku jumpa bomoh. Apa taknya, nak makan terbayang, nak tidur terbayang, asyik terbayang je.

Tapi betul, kalaulah hukuman sebat ni diperluaskan pada mat-mat rempit, aku percaya SELESAI masalah mat rempit ni.

Cuma aku terfikir balik, masalah rogol dan dadah tak selesai-selesai juga biarpun ada hukuman sebat.

Mungkin buntut orang Malaysia semua dah tebal-tebal kot…

sejenak bersama tukang gantung

Aku teringat kenangan aku menulis mengenai kerjaya sebagai tukang gantung dua tahun lalu.
Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung’.

Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil.
“Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa’ tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?” katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan.
Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang.
Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut’.

Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung.

“Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja’ itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.
“Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia… orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,” katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan.
Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang.
Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain.
“Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu… selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya.
“Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,” katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen.
Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu.
Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan’ daripada mulut mayat berkenaan.

“Bunyinya seperti ini…. eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,” katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform.
Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik `gear’ dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah.
Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah.

Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta.
Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas.
Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak.
Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal’ kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya.
“Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas… tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna.
“Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi.
“Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Mengenai `gangguan’ yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau’ namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung.
Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung.
Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara.
“Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang’ dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya.
“Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya `pulang’ dan dia pun terus menghilangkan diri.
“Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,” katanya sambil tersenyum.

Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat’ beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara.
Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati.
Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya.
“Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,” ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit.
Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah.
Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.

“Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?
“Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah `pemergian’ mereka dirahmati-Nya,” ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: “Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.
“Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear’ di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan… keajaiban itu tidak pernah berlaku!”

Aku dan arwah Norita (1)

Model dirogol, dibunuh — Ditemui dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat
Oleh: SYAHRIL A. KADIR dan ANGELINA SINYANG



KUALA LUMPUR 5 Dis. - Seorang peragawati fesyen sambilan, Norritta Samsudin, 22, ditemui mati dalam keadaan bogel dengan leher dijerut sarung bantal manakala tangan serta kaki diikat dengan wayar seterika di rumah sewanya di Kondominium Puncak Prima, Sri Hartamas di sini awal pagi ini.

Mayat eksekutif pengurusan projek di sebuah syarikat pembinaan di Petaling Jaya, Selangor itu ditemui terbaring di atas katil biliknya oleh dua rakan serumah kira-kira pukul 4 pagi ini.

Kedua-dua mereka yang baru pulang hairan melihat keadaan rumah yang gelap dan terkejut apabila mendapati Norritta berkeadaan bogel terlentang di atas katil dengan kepala ditutupi selimut manakala tangan dan kakinya diikat ke belakang sebaik sahaja membuka pintu biliknya.

Polis mengesyaki gadis itu dirogol sebelum dibunuh dan perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan oleh individu yang dikenalinya kerana cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Kamaruddin Mat Desa berkata, polis bergegas ke kondominium berkenaan setelah dimaklumkan mengenai pembunuhan tersebut.

`Siasatan awal mendapati Norritta mungkin mati disebabkan sesak nafas kerana selain dijerut mulut mangsa juga disumbat dengan sehelai kain.

“Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, polis yang memeriksa tempat kejadian mendapati tiada kesan rumah mangsa dipecah masuk kerana tidak ada barang-barang berharga di rumahnya dilaporkan hilang kecuali telefon bimbit miliknya.

Katanya, polis akan menyiasat kes pembunuhan itu dari semua sudut dan masih menunggu hasil laporan bedah siasat serta ujian DNA.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama orang ramai memberi maklumat amat diperlukan untuk mengesan seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan.

“Lelaki yang dicari mempunyai ketinggian kira-kira 171 sentimeter, berkulit gelap dan berambut panjang,” jelasnya.

Suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila ramai sahabat handai dan rakan setugas Norritta menziarahi mayatnya selepas selesai dibedah siasat petang ini.

Beberapa orang rakan Norritta yang enggan dikenali ketika ditemui menyifatkan mangsa seorang yang periang dan sering mendapat perhatian kerana kecantikannya.

Norritta, bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), sering dijemput untuk menjadi peragawati sambilan dalam beberapa pertunjukan fesyen di ibu negara.

Seorang pegawai dari Syarikat Transpro (M) Sdn. Bhd. iaitu majikan mangsa berkata, Norritta sebelum ini mengadu tidak beberapa sihat dan telah mengambil cuti sakit sejak dua hari lepas.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan yang beliau dijumpai mati di rumahnya pagi ini,” katanya lagi.

Mayat Norritta kemudian dibawa ke kampung halamannya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis, untuk dikebumikan - Utusan 6 Disember 2003

SAK: Aku masih ingat bagaimana aku mengusung mayat Norita untuk dikafankan di bilik mayat HKL, ketika itu hanya aku satu-satunya wartawan yang ada dalam bilik mayat itu. Aku sempat melihat wajah gadis yang sudah tidak bernyawa tersebut. Lama aku perhatikan wajah allahyarham. Nantilah aku cerita lagi…

Aku dan arwah Norita (2)

rupa-rupanya entry aku mengenai kes pembunuhan Norita Samsudin mencatat rating tertinggi dalam blog ini. Ramai tertanya-tanya mengenai bahagian kedua entry tersebut, bila nak sambung? bila nak share info rahsia? adakah VIP terlibat dan berbagai lagi

well, aku sebenarnya tidak berminat untuk berkongsi ‘terlalu banyak’ the other side of story ini. Bukannya apa, kes ini terlalu banyak ‘hearsay’ atau dengar cakap, ibarat kita lepak di kedai kopi, ada aje benda yang diperkatakan walaupun kesahihannya boleh dipertikaikan.

Bagi aku apa yang dimuntahkan di dalam mahkamah pun sudah cukup, tak perlulah penghuraian panjang lebar.

Lagi pun semuanya kini sudah tinggal sejarah, Noritta sendiri sudah lama pergi menghadap Penciptanya, mahkamah pun dah buat keputusan…suspek utama pun sudah dibuktikan tidak bersalah.

Cuma satu kita harus diingat, in other words, the killer still remain at large tau.

Bagiku, cukuplah kisah peribadi arwah ‘ditelanjangkan’. Biarlah dia pergi dengan tenang dan penuh redha. So apa lagi?

Aku akui, sebagai wartawan yang terlibat secara langsung dalam penulisan berita kes pembunuhan tersebut, aku sering diburu rakan media, sanak saudara dan tidak ketinggalan jiran tetangga yg hendak dapatkan so call ‘cerita sebenar’ di balik kisah pembunuhan itu

Kekadang aku pun nak ketawa juga, siapalah aku…lainlah aku ni pegawai penyiasat, mereka seolah-olah lupa aku ni wartawan je cik kak oii.

Seperti wartawan di negara barat, tringin gak aku nak wat aku punya own investigation macam reporter kes skandal Watergate tu, tetapi dengan pelbagai kengkangan, akta, peraturan dan segala mak nenek di Malaysia negara tercinta ini, korang kena faham-faham sajalah ye cik Kiah

apapun, aku rasa biarlah masing2 menjalankan kerja masing-masing, dalam hal ini pasukan polis kita memang dah terlatih untuk buat kerja diorang, so, biarlah mereka yang melakukannya…biar doktor buat kerja doktor, peguam buat kerja peguam, wartawan buat kerja wartawan. Bukan apa, Islam ada meyatakan, kalau kita meletakkan seseorang itu bukan dalam bidangnya, maka tunggulah saat kebinasaan…

Apa yang aku hendak kongsi cuma satu pengalaman sewaktu kali pertama dimaklumkan dengan kes pembunuhan ini. Tunggu dululah, nanti aku citer, takde mood lak sekarang. Chiao!

Aku dan arwah Norita (3)

TARIKH : 5 Disember 2003

WAKTU : Sekitar 10 pagi

LOKASI : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27

Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun.

Yang kelihatan di luar bilik mayat adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model.

Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku.

Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.

Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit.

” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.

Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku.

Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ.

”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.

Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini.

Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah.

Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain.

Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh.

Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan.

Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan.

Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah.

Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ’songeh’.

Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

AKu bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh.

Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.

Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis.

Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku.

Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat.

Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?

Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ.

Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi.

Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu.

Ketua Polis Kuala Lumpur yang cool..


Lepas tiba dari KLIA malam tadi, beberapa orang geng press ajak aku menyertai operasi buru penjenayah di Lorong Hj. Taib

turut hadir dalam operasi itu ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Osman. Beliau yang juga bekas komander Unit Tindakan Khas (UTK) dan bekas pegawai kanan Komando 69 itu ternyata tenang saja orangnya, rileks dan cool.

Malam tadi ramai juga yang ditangkap, ini belum termasuk dua lelaki yang ditembak di Mount Kiara.

Lepas habis operasi, Datuk Sabtu ajak kami lepak dekat sebuah warung di Bukit Bintang. Selain kami berempat, turut sama lepak adalah pemandunya dan seorang detektif kanan Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Sarjan Zek.

Banyak yang kami bualkan terutama mengenai kehidupan peribadi masing-masing.

Datuk Sabtu menceritakan adakalanya tidurnya terganggu sejak menjawat jawatan Ketua Polis berikutan pelbagai kes jenayah dan demonstrasi di ibu kota dan Sarjan Zek yang fasih berbahasa Cina itu menceritakan pengalamannya selama lebih 10 tahun menyamar sebagai pelanggan ketika hendak memberkas pelacur asing di hotel-hotel eksklusif di tengah bandaraya

Kami hanya pulang ketika jam sudah menghampiri pukul 5 pagi. Di saat kami semua dah menguap, Datuk Sabtu dan Sarjan Zek masih tidak pulang ke rumah sebaliknya terus menjalankan tugas mereka masing-masing.

Aku tak tahulah pukul berapa diaorang tidur, pukul berapa diaorang bangun, pukul berapa diaorang mandi.

Inilah pengorbanan seorang pegawai polis. Yang kita tahu kutuk, kutuk, kutuk.

Aku malu sendiri.

Pengalaman membuat liputan di zon bencana @ tragedi


Aku (kanan sekali) sewaktu peristiwa tanah runtuh di Southern Leyte, Filipina

membuat liputan di tragedi dan bencana alam bukan satu kerja yang mudah

lebih ‘tension’ lagi bila editor di pejabat selalu memberi tekanan kepada wartawan-wartawannya agak menghasilkan cerita yang eksklusif dan menarik perhatian pembaca atau penonton

sebagai wartawan senior, aku terkadang simpati kepada wartawan-wartawan muda yang dihantar untuk membuat liputan di kawasan-kawasan sebegini

aku pernah lihat wartawan yang tak tidur semalaman kerana risau jika terlepas bahan-bahan menarik hingga ada yang sanggup merayau sorang diri di celah mayat dengan harapan dapat menghasilkan satu story eksklusif

malangnya story tak dapat, penat yang lebih…malah siap demam kerana terkena badi mayat, apa makna semua ini?

tak kurang juga rakan wartawan yang tidak mahu bercampur sesama rakan media kerana takut berita-berita yang ditulisnya dapat ‘dihidu’ oleh rakan-rakan wartawannya yang lain

aku cukup masak dengan situasi ini, terus terang aku sangat menyampah dengan gelagat manusia seperti ini

aku tahu, semua orang mahu menulis cerita yang terbaik tetapi ini tidak bermakna semangat berpasukan atau es spirit de corps di antara sesama wartawan diketepikan begitu saja

di zon bencana terutama di luar negara, mahu tidak mahu semua wartawan tak kira sama ada di bawah satu organisasi atau sebaliknya perlu bekerja sebagai satu pasukan

aku sendiri selalu mempunyai story-story eksklusif dan adakalanya juga aku terlepas atau miss story-story menarik, tetapi itu tidak bermakna aku perlu jadi ‘kera sumbang’

aku masih ingat, sewaktu aku di Utusan Malaysia, pesaing aku sudah tentu wartawan dari Berita Harian

bagaikan kebetulan, aku sering bersama-sama wartawan Berita Harian, Azis Ngah ketika di luar negara

tetapi kami sangat profesional, Azis tidak pernah marah jika aku ada story menarik dan aku juga tidak pernah kecil hati jika Azis mempunyai bahan yang lebih ‘hot’

malah ada satu-satu situasi di mana kami berkongsi idea walaupun kami dari organisasi yang ‘bermusuh’

mengapa? kerana kami insaf kami bukannya Superman. Apatah lagi bila berada di negara atau tempat yang tidak pernah kami jejak sebelum ini

adakalanya ada rakan wartawan pelik kerana walaupun kami saling bersaing, tetapi kami tidak kisah sekiranya perlu tidur di khemah yang sama malah berkongsi makan mee segera

di sini aku teringat pepatah orang tua-tua, orang tamak selalu rugi




aku ingin berkongsi pengalamanku dengan seorang wartawan yang kononnya hebat, boleh dikatakan setiap hari ada saja berita menarik yang ditulisnya sedangkan kami boleh dikatakan berada di tempat atau zon bencana yang sama

dek kerana storynya yang menarik, kami wartawan yang lain sering dimaki editor di Malaysia kerana kononnya dikatakan pemalas dan tidak tahu menulis cerita yang ‘catchy’

si wartawan ini pula tak habis-habis dengan keegoaannya, nak jalan sorang diri, nak cari berita seorang diri, nak menaip seorang diri, kononnya ‘independent’

entah di mana silapnya, suatu hari dia terlepas satu berita besar sedangkan kami semua mempunyai cerita tersebut

akhirnya dia dipanggil pulang ke Malaysia serta-merta dan digantikan dengan wartawan lain, nah, siapa rugi?

inilah sikap wartawan yang kononnya profesional tapi hakikatnya profesional taik kucing!

macam-macam hal kan…

Pada mana-mana wartawan yang ‘terpilih’ untuk membuat liputan di kawasan bencana, bersedialah untuk ‘berhati kering’

hati kering dalam hal ini maksud aku bersedialah untuk melihat pelbagai ragam dan keadaan yang akan menyentuh perasaan, naluri dan jiwa

sepanjang pengalaman aku berada di zon bencana, tak terkira berapa kali aku menangis, meraung dan tak kurang juga dirundung seribu satu macam ketakutan

memang aku lelaki, zahirnya kelihatan gagah, tetapi dalam apa keadaan sekali pun aku adalah manusia yang punya hati dan perasaan



di Pulau Nias aku pernah melihat sepasang suami isteri yang mayatnya ditemui berdakapan, di Selatan Leyte Filipina aku melihat bagaimana seorang tua yang mayatnya ditemui di atas bangkai seekor babi, di Aceh aku melihat bagaimana mayat seorang bayi yang puting getahnya masih melekap di bahagian mulut (gambar di atas)

Nah sekarang tolong katakan padaku, pondankah aku bila tiba-tiba airmata ini mengalir di pipi?

tolong katakan padaku, hinakah aku jika aku meraung dan meratap bagai anak kecil yang kehilangan ibu?

Di tempat bencana juga mengajar kita melawan fobia dan ketakutan dengan sendirinya

Aku ni boleh tergolong dalam kategori penakut, itu aku ngaku aje kat sini. Jangan harap aku nak jalan sorang-sorang kat kawasan kubur di kampung aku terutama bila malam menjelma

tetapi di kawasan bencana, kita tiada pilihan.

Aku pernah mandi di perigi sedangkan ada beberapa mayat ada di depan perigi tersebut, aku pernah tidur di rumah buruk sedangkan di bawahnya ada mayat yang belum dikutip, aku pernah makan dan minum di bilik mayat sedangkan ditepi ku ada sekujur mayat yang sedang di bedah siasat.

Nah, katakan padaku, adakah aku boleh dikategorikan sebagai manusia paling berani di kalangan korang?

Katakan padaku, adakah aku punya ilmu sakti dan tangkal dari tujuh bomoh terbaik di Malaysia?

Jawapannya adalah…sekali lagi aku tiada pilihan.

Oleh itu simpanlah segala kesedihan, simpanlah segala ketakutan…dalam zon bencana, semua ini adalah seiring.

Semua kita perlu berhati kering!